PruBSN Anugerah Plus

Dalam suasana keadaan ekonomi yang agak mencabar sekarang ini sudah pasti dikalangan orang ramai mencari pelan takaful yang murah atau mampu milik. PruBSN telah mengeluarkan satu pelan mampu milik dan ringkas. PruBSN telah melancarkan Pelan PruBSN Anugerah Plus. Diantara Ciri-ciri yang ada pada poduk ini adalah:

 

 

1. Mampu Milik

Setiap orang memerlukan penjagaan perubatan pada bila-bila masa. Lindungi diri serta keluarga anda daripada kos perubatan yang tidakdijangka dan tinggi, dari serendah RM61.

2. Fleksibiliti

Pilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan kewangan anda.

3. Tiada Had Sepanjang Hayat

Dapatkan penjagaan dan rawatan perubatan sepanjang hayat anda* *Tertakluk pada Had Tahunan dan/atau had manfaat

 

4. Manfaat Imunisasi Haji/Umrah

Kekal sihat sepanjang ibadah Haji/Umrah anda dengan mendapatkan vaksinasi dan berpeluang untuk menerima bayaran balik sehingga RM300 setiap 3 tahun.

5. Perlindungan tahunan berganda

Dapatkan perlindungan tambahan sekiranya anda disahkan menghidap barah, kerosakan buah pinggang dan serangan jantung.

6. Medic Booster

Tingkatkan Had Tahunan dan Had Sepanjang Hayat untuk Rawatan Pesakit Luar Kanser & Rawatan Dialisis Buah Pinggang dengan penambahan jumlah sumbangan yang minimum.

MEDIC BOOSTER

Medic Booster adalah manfaat tambahan yang akan meningkatkan Had Tahunan anda dalam Medic Protector dengan tambahan sebanyak RM1,000,000. Di samping itu, Medic Booster juga akan menggandakan Had Sepanjang Hayat Rawatan Pesakit Luar Kanser
dan Buah Pinggang bagi setiap pelan Medic Protector. Oleh itu, dengan Medic Booster, kebimbangan anda terhadap kos perubatan masa depan boleh diketepikan.
Nota: Medic Booster hanya boleh ditambahkan kepada Medic Protector – pilihan Sumbangan Rata

 

Tingkatkan Had Tahunan – Tambahan RM1,000,000 setiap tahun!

Tingkatkan Had Sepanjang Hayat untuk Rawatan Pesakit Luar Kanser &

Rawatan Dialisis Buah Pinggang – Jumlah berganda!



SMARTSAVER300

SmartSaver300 adalah cara bijak untukemaksimumkan nilai pelan perubatan anda. Memilih SmartSaver300 membolehkan anda menjimatkan sumbangan tahunan anda berbanding pilihan Perlindungan Penuh. Dengan sumbangan itu, anda dapat

meningkatkan perlindungan.

Dengan SmartSaver300, anda perlu membayar hanya RM300 daripada jumlah Caj-caj Lazim dan Munasabah daripada suatu manfaat yang layak untuk sebarang hilang upaya.

Nota: Sekiranya SmartSaver300 dipilih, anda perlu membayar amaun tetap sebanyak RM300 daripada
jumlah Caj-caj lazim dan Munasabah daripada suatu manfaat yang layak untuk sebarang hilang upaya. Item yang tidak tertakluk kepada SmartSaver300 adalah termasuk Bilik dan Penginapan Hospital, Pembedahan Harian, Pendapat Perubatan Kedua, Elaun Rawatan, Rawatan Kanser Pesakit Luar, Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, Pemindahan Organ, Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan Akibat Kemalangan, Manfaat Imunisasi Haji/Umrah dan Manfaat Hospital Kerajaan.

 

Pilihan perlindungan lain:

Perlindungan Penuh

Kami akan membayar keseluruhan jumlah Caj-caj Lazim dan Munasabah untuk sebarang hilang upaya.

        

 JADUAL MANFAAT

  

** Untuk PruBSN Anugerah, anda berhak menerima pelepasan cukai berhubung dengan sumbangan anda sehingga RM6,000. Sebarang pelepasan cukai tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penerangan diatas adalah ringkasan untuk Pelan PruBSN Anugerah. Jika ingin keterangan lanjut, anda boleh mengisi maklumat ringkas untuk quotation PERCUMA 

WhatsApp Saya